Memaparkan catatan dengan label Resepi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi. Papar semua catatan

Daging goreng cendawan lada hitam

Bahan-bahan:400gm daging ~ dihiris nipis
10-15 kuntum cendawan tiram ~ direndam, kemudian hiriskan
3 ulas bawang merah ~ tumbuk
2 ulas bawang putih ~ tumbuk
1 sudu besar lada hitam ~ ditumbuk kasar
1 inci halia ~ dihiris
1 labu bawang besar ~ dihiris
2 biji cili hijau ~ dihiris
2 sudu besar sos tiram
2-3 sudu kicap pekat manis
1 sudu besar tepung jagung ~ bancuh dgn sedikit air
Garam dan sedikit gula
Air
Minyak

Cara penyediaan:
1. Gaulkan lada hitam, sos tiram bersama daging dan perap sebentar.
2. Panaskan minyak dalam kuali , tumiskan bawang tumbuk dan halia sehingga garing.
3. Masukkan daging dan goreng sehingga kering airnya.
4. Masukkan kicap, cendawan dan air. Kacau rata dan biarkan mendidih.
5. Masukkan bawang besar, cili hijau, garam secukup rasa dan gula jika perlu (sbb dh letak kicap manis).
6. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung. Biarkan kuahnya agak pekat dan bolehlah diangkat.



Sumber disini

Cendawan Tiram masak Udang lada hitam

Bahan-bahan :500g cendawan tiram kelabu
500g udang segar
5 biji bawang besar
10 ulas bawang putih
12 sudu besar minyak masak
Sedikit garam dan gula

Bahan sos :
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar kicap
1 sudu besar sos lada hitam
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato

Cara menyediakan :
1. Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga layu.  Masukkan udang, bahan sos, garam dan gula secukup rasa.
2. Apabila sudah mendidih, masukkan cendawan, kacau seketika dan bolehlah dihidangkan.

Serunding cendawan di MAHA '08

Serdang 14 Ogos (Bernama)- Antara produk yang menarik perhatian di Pameran Pertanian, Kortikultur dan Agropelancongan (MAHA) 2008 yang sedang berlangsung di sini ialah produk daripada cendawan termasuk
serunding, tempura dan tepung. Produk baru ini diusahakan oleh Sinona Shaari, pengasas syarikat Ladang
Genting Permai Resources, yang mengusahakan ladang cendawan dan produk berasaskan cendawan.

Beliau berkata beliau teruja untuk menambah guna kepada cendawan setelah menyedari cendawan tidak dapat
bertahan lama.“Cendawan segar hanya dalam dua hingga tiga hari sahaja. Lepas tu ia akan busuk. Jadi kami fikir
macam mana nak kait untung daripada lambakan cendawan kami. Akhirnya kami buatlah tempura, tepung dan
baru-baru ni kami buat serunding cendawan,” katanya kepada Bernama. Sinona berkata pihaknya kini memproses
serunding cendawan menggunakan tangan dan dalam peringkat perancangan untuk menggunakan mesin bagi
memprosesnya dengan jumlah yang banyak dan cepat.

Satu lagi produk yang didapati menarik di MAHA 2008 ialah minuman rumpai laut bercampur lemon yang dicipta
oleh pengarah syarikat Fitrah Food, Hasim Mohamad. Beliau berkata walaupun terdapat banyak produk
bersasaskan rumpai laut yang mempunyai khasiat kesihatan, tetapi belum terdapat orang yang mencipta minuman
rumpai laut.

“Saya tertarik dengan cincau dan khasiatnya dan terdetik di hati saya bahawa belum ada sesiapa yang mencipta
minuman daripada rumpai laut. Jadi saya membuat keputusan menciptanya. “Produk saya ini tidak mempunyai
bahan pengawet atau pewarna bagi menjamin kesegaran dan kesihatannya. Kini terdapat beberapa pasar raya
besar yang sanggup menerima produk kami dan saya berharap akan mengembangkan pasarannya ke luar negara,”


SUMBER DISINI

Cendawan Tiram Masak Gulai


Sajian untuk 5 orang

Bahan-bahan

* Cendawan tiram - 300gm (potong halus)
* Santan - setengah biji kelapa
* * Bawang merah - 6 ulas
* * Bawang putih - 2 ulas
* * Cili padi - 10 biji
* * Kunyit hidup - 3cm
* * Halia - 2cm
* * Lengkuas - 1cm
* * Ikan bilis - 30gm (boleh diganti dengan kiub ikan bilis)
* Cili giling - 2 sudu
* Serai - 5 batang (separuh diracik, separuh diketuk)
* Daun kunyit (separuh diracik, separuh dikoyak)
* Daun limau purut
* Garam
* Minyak untuk menumis

Cara-cara

1. Kisar semua bahan bertanda **
2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar. Masukkan cili giling sekali. Tumis sehingga pecah minyak.
3. Masukkan santan, garam dan asam keping. Biar santan mendidih dan kacau sentiasa.
4. Masukkan serai ketuk, daun kunyit yang dikoyak dan daun limau purut. Biar mendidih lagi.
5. Masukkan cendawan, serai racik dan daun kunyit racik. Biar kuah sehingga pekat, boleh diangkat.

Resepi Sup Cendawan bersayur-sayuran




3 paket cendawan tiram ( paket yang kecil )
1 biji karot ( di hiris memanjang )
sedikit hirisan kobis
2 paket fishball
200 g isi ayam ( di potong kecil2 )
3 biji bawang merah ( ditumbuk )
3 ulas bawang putih ( ditumbuk )
2 sudu teh lada putih (ditumbuk )
daun bawang
daun sup
sedikit minyak untuk menumis
air secukupnya
kiub ayam, garam secukupnya.

Cara penyediaaan

1. Tumis bahan tumbuk hingga wangi kemudian masukkan isi ayam.
2. Masak hingga kecut kemudian masukkan air secukupnya untuk sup.
3. Bila mendidih masukkan sayur-sayuran, fishball, dan cendawan tiram.
4. Sesuaikan rasa bolehlah diangkat. Hidangkan dengan taburan daun bawang dan daun sup.


Thanks to POTRET KASIH

AYAM CENDAWAN SOS TIRAM

Bahan-bahan yang diperlukan

7-0 ketul ayam- dipotong kecil-kecil
100g cendawan tiram
1 batang lobak -potong halus dan memanjang
1 biji capsicum - didadu kasar
5 biji cili kering - dipotong 1 inci
5 s/b tepung jagung
3 s/b tepung gandum
1 s/b tepung jagung + 2 cwn air - dibancuh
5 s/b sos tiram (atau lebih)
1 s/b kicap pekat
1 s/b kicap manis
lada sulah

Bahan2 Ditumbuk Lumat
8 - 10 ulas bawang putih
5 inci halia - hiris nipis dan tumbuk halus


Cara2 Memasak
1. Ayam di gaul dengan 1 s/b bwg putih+halia tumbuk tadi. Masukkan 5 s/b tepung jagung, 3 s/b tepung gandum, lada sulah, sos tiram & kicap pekat sket. Gaul rata dan perap sebentar.
2. Goreng ayam hingga masak. Jangan panik yer.. ayam bila dah kena goreng warnanya bertukar agak gelap. Tapi tu tak beerti ayam tu hangus. Sebenarnya itu adalah tindak balas warna tepung yg dah digaul sos tiram & kicap pekat tadi .
3. Dalam kuali lain panaskan minyak dan tumiskan bwg putih + halia tumbuk tadi hingga berbau wangi. Masukkan air tepung jagung tadi. Biarkan mendidih. Masukkan juga lada sulah, 1 s/b kicap pekat, 1 sudu besar kicap manis & 5 s/b sos tiram. (atau secukupnya)
4. Kacau rata kemudian masukkan carrot & cendawan tiram. Biar kejap hingga carrot agak2 lembut.
5. Masukkan capsicum. Perlahankan api.
6. Last sekali masukkan ayam goreng dan cili kering goreng tadi sambil digaul rata dengan sos tadi hingga agak kering.
7. Rasakan masinnya.. biasanya tak perlu tambah garam sebab memadai dengan sos tiram & kicap2 tadi.

Selamat Mencuba

Cendawan Tiram Tumis Berlada


Resepi untuk 2 orang makan sahaja.

Bahan :
1. 200gram cendawan tiram segar
2. Seulas bawang besar
3. 2 biji bawang putih
4. Cili hijau besar 2 biji
5. Cili padi [ kalau nak pedas, lebihkan cili padi ]
6. Sedikit ikan bilis
7. Garam secukup rasa

Cara masakan :
1. Ceraikan cendawan tadi mengikut saiz yang anda gemari.
2. Hiris semua bahan tadi kecuali ikan bilis & garam.
3. Tumis dahulu hirisan bahan tadi & ikan bilis dalam sedikit minyak panas.
4. Masukkan garam secukup rasa & tumis sehingga naik bau.
5. Masukkan cendawan tadi & gaulkan bersama bahan2 yang telah ditumis tadi.
6. Gaul sehingga agak layu & sedia diangkat untuk dihidang.



Sumber diperolehi DISINI

Cendawan Goreng Kari




Bahan-bahan:

Cendawan
Tepung gandum
Tepung beras
Tepung jagung
Rempah kari
Garam
Lada serbuk
telur dibancuh air

Cara caranya:

1. Bancuh rempah kari, garam dan lada serbuk dengan air bercampur telur. Biarkan ia cair seperti membuat tepung pisang goreng.
2. Celupkan ramuan tadi ke dalam tepung gandum, tepung jagung dan tepung beras dalam satu bekas.
3. Goreng sehingga warna keemasan. Minyak kena penuh dan panas. Api kena kuat.
4. Jika sudah siap, perlahankan api dulu untuk gorengan berikutnya.
5. Hidangkan bersama dengan sos atau pun mayonis.  

Selamat mencuba

Cendawan Masak Sardin


Boleh disaji untuk 5 orang.

Bahan-bahan :
1. Bawang putih empat ulas
2. Bawang kecil seulas
3. Cili padi 7 tangkai
4. Lada hitam
5. Sardin satu tin kecil
6. Cendawan 200gram

Cara-cara :
1. Tumbuk bawang putih, bawang kecil dan cili api serentak. Jangan lupa masukkan sikit garam secukup rasa.
2. Masukkan sardin diikuti cendawan tiram.  Kalau nak berkuah, masukkan kuah sardin sekali. Lagi sedap kalau letak setangkai dua pucuk ubi.
3. Letak serbuk lada hitam sedikit.
4. Kacau sehingga masak.
5. Hidang

Cendawan Tiram Goreng


Kiriman: Muhammad Tan Abdullah
Sumber: resepi mak saya


Bahan-Bahan:
bawang putih 5 ulas
cendawan tiram satu peket
telur ayam 1 biji
sos tiram 3 sudu besar
lada sulah secukup rasa
lada hitam secukup rasa
garam secukup rasa
tepung jagung satu sudu besar

Cara:
Bawang putih ditumbuk dan ditumis hingga naik baunya,masukkan cendawan,sos tiram.  Pastu masukkan telur, lada sulah, lada hitam, garam dan akhir sekali bancuh tepung jagung dan masuk kat dalam jugak. Kacau hingga kuahnya pekat.

Cadangan Hidangan:
Makan dengan nasi masa panas-panas insyallah sedap