Proses pembikinan cendawan


1.PENYEDIAAN BEG CENDAWAN

Habuk kayu getah, Dedak dan Kapur pertanian

Bahan/Peralatan:

Habuk Kayu Getah

Dedak

Kapur Pertanian

Beg Plastik (tahan panas, saiz 8.5cm x 35cm)

Gegelang PVC (panjang 2-3cm, garis pusat 3cm)

Kapas/Surat Khabar Lama + Getah Pengikat atau penutup

Cara pembikinan:

1.Habuk kayu getah, dedak dan kapur pertanian digaulkan bersama pada kadar 100:10:1

2.Campurkan sedikit air sehingga campuran tadi lembab dan apabila dikepal tidak berderai.

3.Masukkan campuran tersebut ke dalam beg plastik dan hentak sehingga separa padat. Jangan terlalu padat atau jangan tidak padat langsung.
4.Pasangkan gegelang PVC dan tutup dengan penyumbat kapas atau ditutup dengan kertas
surat khabar lama dan diikat dengan getah.


2. PENGUKUSAN BEG CENDAWAN


Proses mengukus beg cendawan

Bahan/Peralatan:

Tong Drum,Set Dapur Gas
 
Cara pembikinan:

1. Letakkan lapik (dari bata atau kayu dan dawai jaring) ke dalam tong drum setinggi 20cm.

2. Isikan air ke dalam tong drum bawah sedikit daripada pelapik tadi.

3. Beg-beg cendawan yang telah siap dimasukkan ke dalam tong drum dan ditutup rapat.

4. Kukus selama 6-7 jam.
5. Sejukkan beg cendawan tadi sebelum disuntik benih.



3. PENYUNTIKAN BENIH


Peralatan menyuntik

Bahan/Peralatan:

Benih Cendawan

Pencungkil Benih

Cara pembikinan :
1.Penyuntikan benih ini hendaklah dilakukan di dalam keadaan bersih dan bebas dari pencemaran.

2.Hancurkan benih cendawan dengan pencungkil.
3.Buka mulut beg cendawan dan masukkan benih cendawan sebanyak satu sudu besar dan
tutup semula mulut beg cendawan.
4.Susun beg cendawan secara menegak di tempat yang redup dan sejuk (terlindung dari
cahaya matahari)

5.Biarkan misilium tumbuh sehingga memenuhi keseluruh beg cendawan (40-60 hari selepas disuntik benih).



4.MEMUNGUT HASIL


Jangan tunggu bahagian tepi berombak

1.Setelah misilium memenuhi keseluruhan beg cendawan, susunkan ke atas rak dengan cara merebahkannya.

2.Buka mulut beg cendawan dan tunggu hingga hasil pertama keluar (3-5 hari selepas dibuka).
3.Untuk menrendahkan suhu, siram lantai sekurang-kurangnya dua kali sehari mengikut keadaan cuaca. Boleh buat semburan halus  ke depan beg media tapi tak digalakkan sangat.
4.Pungut cendawan yang telah kembang sebelum tepi kelilingnya menjadi berombak-ombak.

5.Tutup kembali beg cendawan yang telah dipungut hasil dan tunggu hingga 7-10 hari untuk dibuka semula.



5. PENJAGAAN BEG CENDAWAN SEDIATUAI

Penjagaan rapi adalah penting


1.Baringkan beg cendawan di tempat yang lembab dan teduh.

2.Rehatkan 7-10 hari, sambil itu siram bahagian luar beg ,jika keadaan cuaca kering dan panas. Namun wajib siram lantai mengikut suhu sekitar. Suhu yang sesuai sekitar 23-25 darjah celcius.

3.Setelah 7-10 hari buka penutup beg cendawan dan biarkan 3-5 hari untuk pengeluaran hasil berikutnya.
Jangan siram atau sembur air pada cendawan-cendawan kecil yang baru tumbuh. Biarkan ia membesar sehingga cukup mengembang (sebelum tepi cendawan berombak).
4.Petik cendawan dengan cara menarik keluar kesemua rumpun cendawan.
5.Jika ada rumpun tertinggal, bersihkan bahagian mulut beg cendawan dan sembur sedikit air. Tutup semula mulut beg cendawan.

7.Hasil boleh dipungut sebanyak 5-6 kali bagi setiap beg cendawan.

8.Beg-beg cendawan yang hendak dibuang boleh juga dipecah-pecahkan dan ditabur sekeliling pokok sebagai baja organik.

Sumber : http://agrolink.moa.my/pqnet/kwln/cendawan.htm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan