Ramai yang berkeinginan nak mulakan projek tanaman cendawan kan? Mungkin kerana pulangan yang lumayan jika diusahakan secara komersial dan bersungguh-sungguh. Tapi kena ingat, kalau nak mulakan tu memang susah. Macam kami dulu, mulakan dengan beli bongkah sikit dulu. Tengok dan perhatikan proses kehidupan cendawan dari mula sampailah proses mengutip hasil. Memang teruja dan bangga masa kutip hasil tu. Tapi bila bongkah cendawan dah mula diserang penyakit, semangat tu makin luntur. So, cara terbaik untuk mulakan tanaman cendawan adalah hadiri kursus dulu. Timba ilmu cendawan secukupnya. Senang juga untuk mohon pinjaman kelak kalau dah ada sijil kursus.
Baiklah, ada yang kata kos untuk mulakan tanaman cendawan ini melibatkan kos yang besar. Memang tepat. Tapi kena ingat, kalau diusahakan betul-betul, hasilnya pun lebih besar. Macam kami, kami cuba cari market dulu, kalau dah ok barulah mula mengusahakan tanaman cendawan ini secara kecil-kecilan dulu. Takut jika usahakan secara komersial pada peringkat awal, tak tahu nak pasarkan kat mana. Jadi perkara yang paling penting juga adalah pasaran. Kena tahu juga cendawan ini tidak tahan lama. Paling lama bertahan pun seminggu, itupun jika dimasukkan ke dalam chiller atau peti ais.
Kami berani mulakan tanaman cendawan ini pun sebab minat. Boleh dikatakan satu keluarga minat makan cendawan. Kalau sebelum ini, mesti sentiasa pesan kat mak supaya membeli cendawan di pasar tani pada tiap-tiap hari isnin. Wajib!. Kalau tak, takde selera nak makan hari tu. Haha. Minat pun kena ada. Kalau tak ada minat, takut projek itu hanya bertahan separuh jalan sahaja. Yelah, cuba bayangkan kita buat sesuatu yang takda minat langsung dalam diri kita. Jika bongkah diserang sikit, langsung tak nak sambung lagi.
Pokok paling utama sekali adalah modal. Tak perlu banyak pun sebenarnya. Macam kami modal permulaan adalah bawah seribu sahaja. Itupun masih mampu memuatkan dalam 800 beg bongkah. Nasib baik Acik Ahmad ada sebagai kontarktor bangsal cendawan kami. Kalau nak harapkan kami, alamat jadi reban la jawabnya. Mulakan sikit-sikit dulu. Kalau dah maju, cuba tambah dari masa ke masa. Ok, gud luck semua!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan