Bahan-bahan:400gm daging ~ dihiris nipis
10-15 kuntum cendawan tiram ~ direndam, kemudian hiriskan
3 ulas bawang merah ~ tumbuk
2 ulas bawang putih ~ tumbuk
1 sudu besar lada hitam ~ ditumbuk kasar
1 inci halia ~ dihiris
1 labu bawang besar ~ dihiris
2 biji cili hijau ~ dihiris
2 sudu besar sos tiram
2-3 sudu kicap pekat manis
1 sudu besar tepung jagung ~ bancuh dgn sedikit air
Garam dan sedikit gula
Air
Minyak
Cara penyediaan:
1. Gaulkan lada hitam, sos tiram bersama daging dan perap sebentar.
2. Panaskan minyak dalam kuali , tumiskan bawang tumbuk dan halia sehingga garing.
3. Masukkan daging dan goreng sehingga kering airnya.
4. Masukkan kicap, cendawan dan air. Kacau rata dan biarkan mendidih.
5. Masukkan bawang besar, cili hijau, garam secukup rasa dan gula jika perlu (sbb dh letak kicap manis).
6. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung. Biarkan kuahnya agak pekat dan bolehlah diangkat.
Sumber disini
Cendawan Tiram masak Udang lada hitam
Bahan-bahan :500g cendawan tiram kelabu
500g udang segar
5 biji bawang besar
10 ulas bawang putih
12 sudu besar minyak masak
Sedikit garam dan gula
Bahan sos :
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar kicap
1 sudu besar sos lada hitam
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
Cara menyediakan :
1. Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga layu. Masukkan udang, bahan sos, garam dan gula secukup rasa.
2. Apabila sudah mendidih, masukkan cendawan, kacau seketika dan bolehlah dihidangkan.

Serunding cendawan di MAHA '08
Serdang 14 Ogos (Bernama)- Antara produk yang menarik perhatian di Pameran Pertanian, Kortikultur dan Agropelancongan (MAHA) 2008 yang sedang berlangsung di sini ialah produk daripada cendawan termasuk
serunding, tempura dan tepung. Produk baru ini diusahakan oleh Sinona Shaari, pengasas syarikat Ladang
Genting Permai Resources, yang mengusahakan ladang cendawan dan produk berasaskan cendawan.
Beliau berkata beliau teruja untuk menambah guna kepada cendawan setelah menyedari cendawan tidak dapat
bertahan lama.“Cendawan segar hanya dalam dua hingga tiga hari sahaja. Lepas tu ia akan busuk. Jadi kami fikir
macam mana nak kait untung daripada lambakan cendawan kami. Akhirnya kami buatlah tempura, tepung dan
baru-baru ni kami buat serunding cendawan,” katanya kepada Bernama. Sinona berkata pihaknya kini memproses
serunding cendawan menggunakan tangan dan dalam peringkat perancangan untuk menggunakan mesin bagi
memprosesnya dengan jumlah yang banyak dan cepat.
Satu lagi produk yang didapati menarik di MAHA 2008 ialah minuman rumpai laut bercampur lemon yang dicipta
oleh pengarah syarikat Fitrah Food, Hasim Mohamad. Beliau berkata walaupun terdapat banyak produk
bersasaskan rumpai laut yang mempunyai khasiat kesihatan, tetapi belum terdapat orang yang mencipta minuman
rumpai laut.
“Saya tertarik dengan cincau dan khasiatnya dan terdetik di hati saya bahawa belum ada sesiapa yang mencipta
minuman daripada rumpai laut. Jadi saya membuat keputusan menciptanya. “Produk saya ini tidak mempunyai
bahan pengawet atau pewarna bagi menjamin kesegaran dan kesihatannya. Kini terdapat beberapa pasar raya
besar yang sanggup menerima produk kami dan saya berharap akan mengembangkan pasarannya ke luar negara,”
SUMBER DISINI

Pasaran cendawan
Perusahaan cendawan adalah satu perniagaan yang serius dan berpotensi besar, maka salah satu faktor kejayaan ialah dengan melakukan kajian pasaran terlebih dahulu tentang potensinya. Matlamat penilaian pasaran adalah untuk menjangka jumlah jualan dan pendapatan kasar daripadanya serta menganalisa potensi keuntungan dan aliran tunai, juga bagi mengumpul maklumat berkaitan potensi pembeli dan juga pesaing (membantu dalam membangunkan strategi pemasaran kelak).
..
Banyak cendawan yang berpotensi untuk ditanam, namun pasarannya, walau sedang berkembang, masih terhad dan memerlukan banyak usaha kita sendiri untuk berjaya. Sekiranya anda berfikir dan merancang untuk memulakan perusahaan penanaman cendawan secara komersil, bermula dengan persoalan ini: Kepada siapa anda ingin jual?
..
Anda tidak akan memperolehi sebarang pendapatan di dalam sebarang bisnes jika anda tidak mempunyai pembeli kepada produk anda. Kaji siapa yang akan membeli cendawan anda, jenis yang bagaimana yang mereka mahu dan di mana mereka akan beli. Anda perlu kaji dengan lebih lanjut permintaan ke atas setiap spesis cendawan atau produk daripada cendawan tersebut - juga tempat yang ia akan dipasarkan, sebelum terjun secara besar-besaran beserta modal dan sepenuh tenaga dalam perusahaan ini.
Semak situasi semasa di kawasan anda. Antara kaedah yang boleh digunakan ialah dengan menjalankan pemerhatian ke atas gelagat pembeli, survey ke atas kebanyakan kedai-kedai, temu ramah dengan penanam cendawan, dan juga test market (sekiranya anda sudah ada produk yang sedia diuji kaji). Satu lagi cara kajian pasaran ialah dengan menilai pesaing-pesaing anda. Ini akan membantu anda menentukan apakah pasaran yang sedia wujud dan mengenal pasti keperluan baru / niche yang boleh anda penuhi melalui produk anda. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pesaing anda, gunakan produk mereka. Bercakap dengan mereka. Anda akan terkejut berapa banyak maklumat yang mereka akan kongsi dengan anda.

Cendawan Tiram Masak Gulai
Sajian untuk 5 orang
Bahan-bahan
* Cendawan tiram - 300gm (potong halus)
* Santan - setengah biji kelapa
* * Bawang merah - 6 ulas
* * Bawang putih - 2 ulas
* * Cili padi - 10 biji
* * Kunyit hidup - 3cm
* * Halia - 2cm
* * Lengkuas - 1cm
* * Ikan bilis - 30gm (boleh diganti dengan kiub ikan bilis)
* Cili giling - 2 sudu
* Serai - 5 batang (separuh diracik, separuh diketuk)
* Daun kunyit (separuh diracik, separuh dikoyak)
* Daun limau purut
* Garam
* Minyak untuk menumis
Cara-cara
1. Kisar semua bahan bertanda **
2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar. Masukkan cili giling sekali. Tumis sehingga pecah minyak.
3. Masukkan santan, garam dan asam keping. Biar santan mendidih dan kacau sentiasa.
4. Masukkan serai ketuk, daun kunyit yang dikoyak dan daun limau purut. Biar mendidih lagi.
5. Masukkan cendawan, serai racik dan daun kunyit racik. Biar kuah sehingga pekat, boleh diangkat.
Pasar Tani Jelai
Minggu lepas cendawan keluar giler banyak. Al-maklumlah asyik hujan je tiap2 petang. Risau tak habis nak jual. Sabtu lepas aku, along dengan angah lepak kat pasar tani Jelai. Pasar tani tu merupakan hari pertama buat kat situ. Berhadapan dengan D-mart juga bertentangan dengan Pam stesen Smart. Sebelum ni tak ada.
Bertolak dari Palong dalam pukul 7 pagi. Sampai dalam 20 minit. Jumpa pihak pengurusan tapak then terus berniaga. Belum pukul 7.30 lagi dah ada jugak orang menjenguk. Yelah, itu hari pertama pasar tani kat Jelai.
Mula-mula nervous juga. Yelah, takut orang tak ramai. Cendawan dah berbondong-bondong bawak. Along goreng cendawan, aku jual cendawan mentah. Angah tolong sikit-sikit. Belumpun pukul 8.00 dah ramai yang datang. Seronok juga ramai berkerumun kat kios kami. Alonglah paling meriah. Tak menang tangan. Orang siap beratur nak beli cendawan goreng dia. Alhamdulillah, sebelum pukul 11.30 pagi semuanya habis. Tak sempat nak snap gambar. Nantilah minggu ni cuba snap. Minggu ni nak pergi lagi. Mesti lagi ramai sebab cuti perayaan Depavali.
Isnin lepas pun Pasar Tani kat Palong meriah. Aku telefon angah dia kata semuanya ok, alhamdulillah.
Cara menjaga persekitaran rumah cendawan
Persekitaran rumah cendawan yang kondusif untuk pertumbuhan cendawan adalah sangat penting. Penjagaan rumah cendawan yang sempurna dan penyediaan ruang yang bersesuaian sangat diperlukan. Selain itu, suhu dan kelembapan juga adalah faktor kritikal yang perlu dijaga untuk memastikan cendawan dapat menghasilkan pengeluaran yang baik.
a) Persekitaran
Bilik cendawan perlukan persekitaran yang bersih, tersusun dan bebas daripada bakteria, haiwan dan serangga perosak. Oleh itu, rumah cendawan perlu dijaga dengan baik dan sempurna. Antara kawalan yang yang dilakukan untuk menjaga kebersihan di dalam rumah cendawan adalah seperti :
Meletakkan kapur di atas rak
Kapur perlu ditabur di atas rak yang kosong sebelum meletakkan beg cendawan yang baru. Tindakan ini bertujuan untuk membunuh bakteria yang terdapat di sekitar rak dan rumah cendawan. Selain itu, kawasan disekitar rak beg cendawan yang dijangkiti penyakit juga akan diletakkan kapur untuk mengelakkan jangkitan kepada beg cendawan yang lain.
Meletakkan serai wangi di dalam rumah cendawan
Serai wangi perlu diletakkan di dalam rumah cendawan berfungsi untuk menghalau dan membunuh serangga kecil dan lain-lain haiwan perosak yang terdapat di sekitar rumah cendawan. Serai wangi tersebut akan dicampurkan dengan sedikit air dan diletakkan di dalam botol yang telah ditebuk sedikit lubang. Melalui lubang tersebut, bau serai wangi akan dapat disebarkan di sekitar rumah cendawan secara menyeluruh. Botol tersebut akan digantung di sudut depan setiap tiang rak beg cendawan.
Beg cendawan rosak dan tamat jangka hayat.
Beg cendawan yang tamat jangkahayat, rosak, dijangkiti dan bermasalah haruslah diasingkan dan dibawa keluar agar beg media baru di bawa masuk ke dalam rumah cendawan. Ia juga dapat mengelakkan jangkitan bakteria daripada beg yang dijangkiti.
Penyediaan ruang yang sesuai
Ruang di dalam rumah cendawan perlu mencukupi untuk aktiviti pengurusan dan pengendalian setiap aktiviti yang berlaku di dalam rumah cendawan seperti penyimpanan beg media baru, penuaian hasil cendawan, penjagaan air dan pengurusan beg media yang telah tamat jangkahayat.
Rak cendawan
Rak cendawan yang dibina haruslah mempunyai luas dan ketinggian yang sesuai untuk menyimpan beg cendawan. Di samping itu, rak juga perlu diletakkan pada jarak yang sesuai dan selesa untuk pengendalian aktiviti penyimpanan beg media baru, menuai cendawan matang dan menyembur air. Untuk penanaman berskala kecil, jarak diantara rak dibina sekurang-kurangnya boleh memuatkan seorang pekerja dengan membawa sebiji bakul dan membolehkan aktiviti penjagaan tanaman dapat dilakukan dalam rumah cendawan dengan mudah. Bagi penanaman bersakala besar pula, jarak diantara rak haruslah membolehkan kerja-kerja penuaian dibuat dengan menggunakan kereta sorang oleh pekerja yang mengendalikan kerja-kerja tersebut.
......akan bersambung......

Langgan:
Catatan (Atom)