Pasar Tani Jelai


Minggu lepas cendawan keluar giler banyak. Al-maklumlah asyik hujan je tiap2 petang.  Risau tak habis nak jual.  Sabtu lepas aku, along dengan angah lepak kat pasar tani Jelai. Pasar tani tu merupakan hari pertama buat kat situ. Berhadapan dengan D-mart juga bertentangan dengan Pam stesen Smart.  Sebelum ni tak ada.
Bertolak dari Palong dalam pukul 7 pagi. Sampai dalam 20 minit. Jumpa pihak pengurusan tapak then terus berniaga. Belum pukul 7.30 lagi dah ada jugak orang menjenguk. Yelah, itu hari pertama pasar tani kat Jelai.

Mula-mula nervous juga. Yelah, takut orang tak ramai. Cendawan dah berbondong-bondong bawak.  Along goreng cendawan, aku jual cendawan mentah. Angah tolong sikit-sikit. Belumpun pukul 8.00 dah ramai yang datang. Seronok juga ramai berkerumun kat kios kami. Alonglah paling meriah. Tak menang tangan. Orang siap beratur nak beli cendawan goreng dia. Alhamdulillah, sebelum pukul 11.30 pagi semuanya habis. Tak sempat nak snap gambar.  Nantilah minggu ni cuba snap.  Minggu ni nak pergi lagi. Mesti lagi ramai sebab cuti perayaan Depavali.

Isnin lepas pun Pasar Tani kat Palong meriah. Aku telefon angah dia kata semuanya ok, alhamdulillah. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan