Serangan kulat jingga/oren



Biasanya ia berasal daripada habuk kayu getah yang digunakan dalam campuran media cendawan dan untuk meminimumkan kesan serta serangannya, pastikan tempoh pengkukusan yang cukup bagi membasmi kulat ini dari awal.

Biasanya ia berasal daripada tanah dan habuk yang berterbangan dari luar.  Pastikan rumah cendawan dan kawasan penyediaan media adalah bersih dan mengikut aturan kerja yang teratur kerana serangan kulat hijau juga adalah antara yang kerap dihadapi oleh pengusaha cendawan.
  • serangan kulat hitam
  • serangan hama ke atas beg cendawan
  • ulat yang banyak membiak di dalam beg cendawan
  • pertumbuhan maisilium yang terbantut/rosak
  • mahkluk perosak yang kerap menyerang seperti lipas, tikus, serangga dan lain-lain.
Seperti yang kita sedia maklum, penanaman cendawan memerlukan persekitaran yang bersih dan ia amat sensitif kepada persekitaran.  Sebagai penyelesaian dan langkah berjaga-jaga, seorang pengusaha perlu melaksanakan aturan kerja yang sistematik.  Maksudnya di sini, proses kerja juga perlu diambil kira dari awal hingga akhir bagi memastikan hasil yang diperolehi berbaloi dengan usaha dan modal yang dikeluarkan.

Pengusaha harus bijak dan mengambil langkah proaktif bagi mempastikan projek yang diusahakan berjaya dan memperolehi hasil yang diidamkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan