Bagaimana menangani kulat hijau dan puncanya.
1. Beg media terlalu basah
Cara atasi : Kurangkan air semasa membancuh media. Bagi beg media saiz standard pastikan berat beg media antara 800g ke 1kg sahaja. Jika lebih dari 1kg bermakna kandungan air sudah terlebih.
2. Benih yang digunakan
Punca : Benih yang digunakan tidak berkualiti. Benih boleh ditranfer sehingga 8 kali (8 generasi). Generasi keempat dan ke atas biasanya kurang daya tahan kepada penyakit. Benih yang baik adalah yang melalui proses tisu kultur iaitu generasi pertama dan benih hasil transfer dari benih pertama hingga ke 3 sahaja.
Cara atasi : Gunakan benih dari pengusaha yang terkenal. Cara yang paling mudah adalah dengan membuat sedikit eksperimen iaitu gunakan benih daripada pengeluar yang berlainan dan lihatlah hasilnya. Kemudia baru putuskan nak beli dari mana.
3. Beg media yang belum cukup matang.
Punca : Apabila maisilium sudah memenuhi ruang beg, tidak bermakna ianya sudah matang. Memanglah maisilium akan memenuhi permukaan beg media dalam masa 2 bulan. Tetapi tempoh tersebut ada juga yang masih belum matang.Cara atasi : Mengikut kaedah pengusaha yang berpengalaman, biarkan beg media selama 3 bulan, barulah buka penutup eram untuk tuaian pertama. Ini adalah untuk memastikan maisilium cukup kuat dan ianya dapat menghalang kulat lain bersaing dengannya.
4. Bawaan serangga kumbang atau bari-bari
Punca : Apabila serangga ini berpindah dari beg yang sudah dijangkiti kulat hijau, kemudian ia terbang dan memasuki mulut beg media yang lain, kulat hijau ini akan berjangkit ke beg media tersebut.Cara atasi : Jika masalah ini serius, kuarantin rumah cendawan anda selama seminggu. Tutup semua beg media dengan penutup rehat. Kemudian spray rumah cendawan dan beg media dengan racun serangga agar kumbang dan bari-bari tersebut mati. Sebelum buka semula penutup rehat, basuh semula rumah cendawan dan semburkan air ke beg media agar rasa dan bau racun serangga tersebut hilang. Kalau tidak, takut cendawan yang keluar akan berbau.
5. Bahan dedak yang digunakan
Punca : Jika dedak padi, kadar kulat hijau memang tinggi berbanding dedak gandum. Cara atasi : Jika terkena kulat hitam au kulat hijau adalah lebih baik asingkan beg tersebut dan buatlah banyak lubang supaya banyak cendawan akan keluar dan sekurang-kurangnya kos belian beg dapat semula.
6. Penjagaan kebersihan
Cara yang paling efekif untuk mengelakkan jangkitan atau sekurang-kurangnya meminimumkan jangkitan kulat hijau adalah dengan mensterilkan alat yang digunakan semasa mengorek keluar sisa-sisa cendawan. Gunakan larutan dettol, clorox atau EM sebagai steril dan setiap kali beg dikorek, pastikan ia dicelup dahulu dalam larutan tersebut. Kebersihan amat penting dan perlu dititikberatkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan