Sebelum ini kami memang pernah mengusahakan cendawan secara separuh masa. Kalau nak ikutkan pada awal 2009 lagi. Tapi secara kecil-kecilan. Bongkah cendawan yang kami guna pun, kami order dahulu sebab kos untuk beli mesin dan peralatan sangat tinggi. Bermula dengan 200, kemudian 400, dan seterusnya 800 bongkah. Namun, jujurnya kami memang tak dapat pulangan yang lumayan pun. Masalah pasaran lagi. Penyakit kulat. Ilmu tak cukup. Kurang masa. Tiada sistem pengurusan yang bagus. Macam-macam lagi masalah. Akhirnya, kami berhenti sekejap kerana berputus asa.
Akhirnya, kami ingin mencuba sekali lagi. Sebab satu keluarga hantu cendawan punya pasal. Kali ini kami cuba untuk buat betul-betul. Market pun rasanya dah ok sebab kami telah menjadi orang tengah antara pembekal dan pelanggan pada masa berhenti kejap dulu. Tapi untung tak banyaklah. Jadi, kami bercadang untuk terus jadi pembekal sahaja.
Kami adik-beradik pun bercadang pergi kursus di Kuala Pilah. Kursus dijalankan pada 24.7.2010 yang lalu. Walaupun tak banyak sangat kami belajar, yelah kekangan masa dan sebagainya. Tapi sekurang-kurangnya kami mendapat sedikit pengalaman. Jika ibarat tin tak 100% penuh pun, sekurang-kurangnya sekarang 70% penuh dengan ilmu jika nak dibandingkan dengan dulu, kurang 30%. Bagi permulaan, kami turut menempah 6000 bongkah cendawan. Nantikan episod seterusnya.
![]() |
| Ini proses nak suntik benih |
![]() |
| Yang ni proses nak |
![]() |
| Yang ni nak korek. Err....muka macam nak gelak nape? |



Tiada ulasan:
Catat Ulasan